Original resipi -Puan Puti Mazura

A. Sup



1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkan dagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)



2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional



3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar



4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk



5. 2 inci halia muda, ditumbuk6. 1 inci lengkuas, ditumbuk



7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang



8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes



9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)



10. 20 biji lada hitam, dititik



11. 2 biji buah keras, kalau suka



12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renihsekurang-kurangnya satu jam



13. 3 sudu makan minyak masak



14. Gula dan garam





Cara



1. Pijarkan minyak



2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau



3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak



4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau



5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras



6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya





B. Pegedil



1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk



2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing



3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus



4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar



5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar



6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit



7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk



8. 10 biji lada hitam, dititik



9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)



10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa



11. 2 biji telur, dipukul



12. 2 cawan minyak untuk menggoreng



Cara



1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih



2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk



3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan bawang



4. Masukkan garam dan gula, gail rata



5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.



6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.



7. Panaskan minyak



8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.



C. Sambal kicap



1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit



2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili



3. ½ cawan kicap manis



4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi



5. 3 sudu makan gula



Cara



1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat



2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)



3. Masukkan kicap dan perahkan limau



4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.





D. Bahan Hidangan



1. Nasi himpit, dipotong dadu



2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat



3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)



4. Suhun, digoreng





5. Bawang goreng6. Daun saderi (sup) dan daun bawang7. Limau nipis, dipotong (optional)Cara1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun2. Curahkan sup3. Taburkan bawang goreng dan daun4. Letakkan pegedil dan sambal kicap

Bookmark and Share



Buat tadi, makan ngn nasi lemak, daddy kata sedap, mummy x try lagi sbb tgh posa. Resepi from mamafami. TQ
I don't have green chilies, so ganti ngn chilli powder, pehtu biryani powder pun x letak sbb x dak

Ingredients A :
12 pieces chicken ~ cleaned

Ingredients B :

5 cloves garlic
2 cm ginger
2 shallots
5 green chillies

Ingredients C :

4 teaspoons meat curry powder
1 teaspoon fennel powder
1 teaspoon cumin powder
1 teaspoon white pepper
1 teaspoon tumeric powder
1 tablespoon biryani powder
1/2 teaspoon yellow food coloring
1/2 teaspoon red food coloring
1 teaspoon salt

Ingredients D :

2 tablespoons rice flour

Ingredients E :

10 stalks curry leaves
2 onions

Method :

Marinate chicken with ingredients B, C and D. Fry till golden brown and garnish with ingredients E (I didn't do this!)

Bookmark and Share



Resepi from Lisa HAfiz, direct copy paste from her msg to me hehehhe..Thanks Lisa..Sedap kek ni..


450g gula
120g butter
340ml air
10 biji kuning telur
7 biji putih telur
1/2 sudu makan esen rose (boleh kot ganti esen vanilla)
1 sudu makan soda bicarbonate
260g tepung gandum
200g condensed milk


cairkan gula atas dapur guna api yang kecil hingga kuning.

( kalau boleh tak yah lahkacau..biar jer dia kuning sendiri..sbb kalu kacau dia lekat lekat)

bila suma gula dah cantik kuning/brown, masukkan air & mentega. (careful sbb akan menggelegak ).biar kejap..Kacau hingga rata sampai tak ketul ketul etc)

Matikan api dan biarkan sehingga gula itu betul betul sejuk. tapi tak payah letak dlm peti.

dia takkan keras sbb dah letak air and mentega.


Campur and gaul rata telur, tepung, susu, bicarb soda dan esen rose dicampurkan dengan digaul rata.

Memang nampak berketul ketul..biarkan jer.

masukkan gula yang dah sejuk tadi

Gaul lagi sehingga rata.

Pastu tapis acuan dengan sieve (part ni yg leceh skit and make sure masa kita ambik acuan tuh utk ditapis acuan tu dah ala ala rata)
ada org guna blender....blender kan acuan.

lisa guna tapis tea tuh
tuang dalam tin pembakar yg dah sapu mentega..
Bakar dalam oven lebih kurang satu jam 150C api bawah sahja.

then tambah lagi setengah jam , guna api atas dan bawah.

Cucuk kek dengan lidi utk check masak.
potong bila sejuk.


p/s kalau nak wat separuh, guna telur 5 telur kuning, 3 telur putih

dlm 45 minit 150 c bawah, and dlm 20-30 min api atas bawah..kena careful skit laa tgk oven.



panjang sgt resepi kek gula hangus nih. senang jer nak wat

cuma leceh tunggu gula..tapi lisa tak kacau jadi biarjer dlm periuk

and leceh nak tapis
tak pernah cuba lagi blend sbb my blender bau bawang

hhhehe

Bookmark and Share